Menyingkap Tabir Imam Mahdi
Senin, 22 Maret 2010
, Posted by beye at 22.00
Para sarjana dan cendekiawan Islam di seluruh pelosok dunia telahpun menghuraikan secara panjang lebar akan maksud kalimah mahdi. Malah ada yang menulis risalah yang hanya memperkatakan tentang asal-usul dan maksud perkataan Mahdi itu saja. Begitulah mendalam dan halusnya penelitian mereka terhadap soal istilah ini.
Ada yang memberikan definisi Imam Mahdi itu berdasarkan mafhum hadis-hadis mengenainya, yaitu dengan cara melonggokkan semua sifat peribadinya, keadaan munculnya, kelebihan-kelebihannya dan masa pemerintahannya. Uraian yang seperti ini sebahagian besarnya sangatlah panjang dan terperinci, sehingga tidak perlu kepada uraian yang lain lagi. Berdasarkan itu, penulis merasakan sudah tidak perlu lagilah turun tangan untuk memperpanjangkan penjelasan bagi maksud kata Mahdi tersebut.
Namun, terasa pula kekurangan yang nyata pada buku ini, karena para cendekiawan pada hari ini pasti tidak akan berpuas hati sekiranya maksud istilah Mahdi itu tidak dijelaskan, biarpun berupa sebuah uraian yang pendek. Sebenarnya bagi penulis, uraian istilah tidaklah sepenting mana karena maksud dan asal-usul penggunaan sesuatu istilah itu tidak membawa apa-apa kesan – tidak menambah dan tidak mengurang – melainkan jika istilah itu membawa makna sesuatu yang buruk dan dikeji syarak. Selagi sesuatu istilah itu diluluskan syarak, harus saja kita menggunakannya. Tidak perlulah mengkajinya secara mendalam dan disusur secara halus.
Tetapi mungkin sudah teradat dalam sistem pembelajaran yang bersumber dari pada Barat hari ini, setiap istilah itu perlu dihuraikan maknanya walaupun secara ringkas. Mungkin juga disebabkan Ibnu Taimiyah dahulu pernah menghuraikan dengan panjang lebar dan sistematik akan maksud dan makna istilah SUFI di dalam bukunya, maka para sarjana Islam hari ini pun turut amat dipengaruhi oleh ‘sunnah’ yang telah ditinggalkan oleh ‘imam mjutahid terulung dan mujaddid terbaik’ mereka itu. Macam satu kemestian pula, takrif bagi sesuatu istilah itu diberi uraian, pada bahagian awal buku mereka, walaupun dengan serba ringkas. Macam tidak sah uraian sesebuah buku, jika takrif dan asal-usul istilahnya tidak dihuraikan terlebih dahulu. Tidak tulen Taimiyahisme mereka kalau tidak menghuraikan maksud sesuatu istilah di dalam buku atau tulisan mereka.
Takrif dan definisi khusus bagi istilah Al-Mahdi tidak ada dijumpai di dalam Al-Quran dan tidak ada juga dijumpai di dalam hadis-hadis yang mulia. Sebabnya mudah saja, yaitu Rasulullah SAW dirasulkan bukan untuk membuat takrif-takrifan atau untuk merumuskan definisi-definisi. Para Sahabat RA juga tidak berapa hirau dengan asal-usul penggunaan istilah Mahdi itu. Para tabiin dan tabiit tabiin RH juga tidak ambil pusing pun dengan istilah ini. Jika ada dalam kalangan mereka yang menghuraikannya, uraiannya hanyalah ringkas dan mudah, tepat dengan makna yang dikehendaki, dan menurut apa yang dihuraikan sunnah.
Hanya para ulama terkemudian saja yang memberikan secara ringkas, menurut kefahaman mereka, untuk lebih menguatkan kefahaman orang ramai. Tidak lebih dari itu. Tetapi, setelah semakin lama Islam berkembang dan pada ketika umat Islam semakin lemah penguasaannya, maka semakin kuat pula umat Islamnya bergantung kepada maksud dan penggunaan sesuatu istilah. Hasilnya, pada hari ini macam tidak sah pula penggunaan sesuatu istilah yang diperkenalkan kepada umum, melainkan setelah dihurai dengan panjang lebar dan khusus akan maknanya.
Banyaklah yang bangun menghuraikan makna sesuatu istilah yang diberi. Banyak pula yang mengulas makna bagi sesuatu istilah itu, baik dari segi positifnya, negatif atau kedua-dua sudutnya. Banyak pula ulama dan cendekiawan yang mengeluarkan buku atau kitab yang khusus menghurai mengenai sesuatu istilah dan buruk baiknya penggunaan istilah itu.
Awal bayan, kuniyah Rasulullah SAW yang ke-57 ialah Al-Mahdiy.
Perkataan Mahdi yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada hari ini, berasal dari perkataan Arab jati, MAHDIYYU, dari kata akar HADA atau HAADA, bererti petunjuk atau kurnia. Kalimah MAHDIYYU bermaksud Orang yang Diberi Kurnia, dan juga bermaksud Orang Yang Diberi Petunjuk. Namun, perkataan atau istilah Arab yang dipinjam itu telah mengalami sedikit perubahan bunyi dalam bahasa Melayu, yaitu Mahadi. Dan kata pinjaman itu kekal begitu, tidak ada perubahan dari segi nahw dan sarf, karena dalam bahasa Melayu, tidak ada ilmu nahu dan saraf. Maka bunyinya kekal sebagai Mahadi atau Mahdi; tidak ada mahdiyyu, tidak ada mahdiyyi, tidak ada mahdiyyun dan tidak ada mahdiyyin.
Dan terjadi juga sedikit perubahan erti, karena istilah Mahdi atau Mahadi dalam bahasa Melayu, khusus untuk kata nama kepada peribadi tersebut saja, dan sama sekali tidak ada erti lain lagi yang terpakai baginya. Tidak ada makna umum bagi istilah Mahdi dalam bahasa Melayu.
Secara khususnya di dalam bahasa Melayu, Mahadi atau Mahdi itu merujuk kepada suatu jawatan yang sangat mulia, peribadi yang akan muncul pada akhir zaman, membangunkan semula Islam dan meninggikannya di atas agama-agama lain. Biasanya orang-orang Melayu menyebutnya sebagai Imam Mahadi, Imam Mahdi, Imam Al-Mahdi atau Imam Mahdi, sebagai suatu penghormatan beliau yang khusus.
Dan di dalam buku ini, penulis gunakan istilah Imam Mahdi. Istilah ini dirasakan lebih sesuai pada masa ini karena pemikiran orang Melayu sekarang sudah sedikit terbuka dan bersedia menerima sesuatu istilah walau bagaimana bentuknya. Istilah ini lebih cenderung kepada Arabnya, karena asal istilah itupun memang dari bahasa Arab. Orang Melayu hanya menggunakannya bulat-bulat.
Begitulah hormatnya orang-orang Melayu kepada beliau. Malah ada orang Melayu yang menyapanya sebagai baginda, merujuk kepada ketinggian keturunannya dan ketinggian pangkatnya dalam masyarakat. Orang Arab pada zaman dahulu pun banyak menggunakan sebutan Imam kepada beliau, sebagai tanda hormat mereka, tetapi pada zaman ini, setelah orang-orang Arab belajar tinggi-tinggi dan memiliki ijazah yang bergulung-gulung, dan banyak yang diiktiraf sebagai cerdik pandai tersohor, mereka tidak memanggilnya dengan sebutan Imam lagi, malah sebutan Imam itu sudah seakan-akan pupus dari perbendaharaan kata, untuk mereka sebut kepada beliau.
Orang-orang Arab, terutamanya para ulama pada masa-masa lampau menggunakan istilah Alaihis Salam kepada beliau, suatu istilah yang lazimnya digunakan khusus bagi para nabi zaman dahulu. Tetapi orang-orang Arab pada hari ini, seperti juga orang-orang Melayu pada hari ini (yang tidak lagi memanggil beliau dengan Imam Mahdi), sudah tidak menggunakan istilah Alaihis Salam itu lagi kepada beliau. Sekarang ini, hanya puak Syiah saja yang masih mengekalkan panggilan Alaihis Salam kepada beliau, itupun sebab kewajipan percaya kepada kemunculan beliau pada akhir zaman.
Selain itu, ada juga ulama yang menggunakan isim muannas, yaitu dengan menyebutnya Mahdiyyah, atau pengikut Mahdiyyah. Namun, penggunaan istilah seperti ini tidaklah popular dalam kalangan orang Melayu karena bagi orang Melayu sejak zaman dahulu, hanya istilah Imam Mahadi saja yang sering digunakan.
Sehubungan itu, untuk mengambil berkat dari gelaran Al-Mahdi itu, banyaklah orang Melayu di Nusantara ini sejak zaman permulaan ketibaan Islam dahulu lagi, menamakan anak mereka dengan nama Mahadi atau Mahdi, baik secara tunggal atau ditambah nama lain di hadapan atau belakangnya. Contohnya Mahadi bin Abdullah. Yang ditambah namanya seperti Puteh Mahadi bin Puteh Ramli atau Mahadi Murad bin Abdul Salam, dan sebagainya lagi. Ketiga-tiga nama tadi hanyalah contoh saja, bukan nama mana-mana individu sebenar. Jika terjadi kesamaan dengan mana-mana individu, maka itu adalah suatu kebetulan saja, tidak disengajakan sama sekali.
Tetapi semua orang Islam mengakui bahwa Mahdi itu bukannya nama dan bukan pula jawatan. Tidak ada satu jawatan yang dipanggil Mahdi dalam sejarah Islam. Jika ada pun, seperti yang akan disebutkan secara jelas selepas ini, sifatnya lebih kepada panggilan semasa, tidak ada yang menggunakannya secara turun-temurun. Bukan juga menunjukkan mana-mana keturunan. Tidak ada satu puak pun yang menggunakan panggilan Mahdi pada pangkal namanya. Mahdi itu hanyalah gelaran, tidak lebih dari itu. Dan orang yang layak memberikan gelaran Mahdi itu ialah Rasulullah SAW sendiri, bukannya orang lain.
Dan sebenarnya orang yang layak dipanggil Mahdi itu hanyalah seorang saja, sama seperti yang dikehendaki hadis. Nabi SAW tidak pernah menyatakan sesiapa pun dapat dipanggil dengan gelaran Mahdi itu. Tidak ada. Hanya Imam Mahdi saja yang layak dan paling layak dipanggil dengan gelaran itu. Tetapi namanya bukan Mahdi dan jawatannya pun bukan Mahdi. Mahdi itu jelas merupakan gelarannya saja. Siapa pun boleh menggunakan istilah Mahdi itu untuk dirinya, baik sebagai nama sebenar atau sebagai panggilan hormat.
Sesiapa saja boleh gunakan istilah Mahdi itu, baik orang biasa maupun para pemimpinnya. Malah para ulama pun boleh gunakan gelaran itu. Selagi tiada niat untuk menjadi benar-benar Imam Mahdi yang dijanjikan, penggunaan istilah Mahdi itu diharuskan syarak. Tidak ada larangan yang qatie.
Namun, orang-orang Melayu pada hari ini sudah semakin kurang menghormati Imam Mahdi karena para sarjana dan cendekiawan Islam-Melayu yang ada pada hari ini lazim menyebut beliau sebagai Mahdi atau Al-Mahdi saja, tanpa perkataan Imam di hadapan gelarannya itu. Maka tidak hairanlah jika orang ramai turut ikut sama menyebutnya Mahdi atau Al-Mahdi saja, karena orang ramai mudah mengikut contoh yang sedia ada dalam kalangan mereka, terutama para ulama dan cendekiawan. Maka tidaklah dapat disalahkan kepada orang ramai seratus peratus dalam hal ini.
Ini amatlah berbeda dengan orang-orang Melayu pada zaman dahulu, yang memanggilnya dengan sebutan Imam Mahdi atau Imam Mahdi atau Imam Mahadi, karena mereka sangat menghormati dan memuliakannya, karena para ulamanya sendiri menggunakan istilah seperti itu, dan para ulamanya sendiri pun amat menghormati beliau. Maka tidak hairanlah jika orang ramai pun turut sama sangat menghormati beliau, termasuk menyapanya dengan gelaran Imam Mahdi.
Memang diakui bahwa orang ramai hanya mengikut para ulama dan cendekiawan Islam. Jika ulama dan cendekiawannya menghormati beliau, mereka pun akan turut sama hormat. Jika para ulama sendiri sudah tidak tahu menghormati beliau, maka usahlah hairan jika orang ramai pun ikut sama tidak hormat kepada beliau, seperti yang sedang terjadi pada hari ini.
Walaupun terdapat beberapa makna yang dihuraikan oleh para ulama Ahlus Sunnah terhadap definisi Mahdi itu dan kepentingannya, orang-orang Syiah ternyata lebih mengutamakan makna Mahdi itu sendiri, walaupun tidak ada kena-mengena dengan Imam Mahdi Ahlus Sunnah. Antara penggunaan istilah mahdi yang sudah umum di dalam dunia Islam, antaranya seperti:
1. "Mahdi" digunakan sebagai gelaran penghormatan tertinggi untuk beberapa individu Islam, contohnya para khalifah yang berempat; begitu juga mereka memanggil Sayidina Ali, khalifah yang keempat dengan gelaran itu; anak-anaknya seperti Al-Hasan dan lain-lain juga digelar begitu; begitu juga Khalifah Bani Umaiyah, Umar bin Abdul Aziz, yang kemudiannya diisytihar sebagai mujaddid pertama bagi kurun pertama Hijrah. Dan mujaddid yang terakhir muncul nanti, juga dipanggil dengan gelaran Al-Mahdi.
2. Apabila gelaran "mahdi" digunakan kepada khalifah Abbasiah, An-Nasir, baginda dianggap sebagai mahdi yang terakhir, dan orang ramai tidak perlu lagi menunggu-nunggu sebarang mahdi pada masa hadapan. Sebabnya baginda datang dari keturunan Bani Abbas dan bertaraf khalifah pula.
3. "Mahdi" juga digunakan untuk orang-orang yang baru memeluk Islam, karena dia dipercayai telah menerima petunjuk dari Allah sehingga terbuka hatinya untuk menyembah Allah yang Maha Esa. Dalam hal ini, istilah mahdi itu bererti petunjuk dari Allah SWT, yaitu istilah umum, bukannya istilah khusus, dan bukan pula suatu jawatan bagi seseorang.
4. "Mahdi" juga digunakan untuk merujuk kepada panggilan bagi jawatan tertinggi dalam angkatan tentera, yaitu kedua-dua pemimpin tentera darat dan laut, dipanggil demikian. Antara pemimpin tentera yang terkenal adalah El Mahdi, panglima tentera Sudan pada abad ke-19, dan Ibn Tumart, panglima tentera yang terkenal pada abad ke-12 Masihi di Maghribi.
Seperti yang dijelaskan, istilah Mahdi bererti ‘orang yang diberi petunjuk’. Dari segi istilahnya pula, jika kita sebut Al-Mahdi (dengan menambah al-), artinya secara khusus, ialah petunjuk dari Allah SWT, yaitu sama dengan petunjuk yang pernah diterima oleh keempat-empat orang Khalifah Rasulullah SAW dahulu. Petunjuk yang dimaksudkan ialah:
1. Petunjuk untuk membawa seluruh umat Islam kepada Allah;
2. Petunjuk dalam hal ehwal pentadbiran dan pemerintahan;
3. Petunjuk dalam kepemimpinan beliau; dan
4. Petunjuk yang amat khusus, yaitu bagi diri mereka saja, yang tidak didapat oleh sebarangan orang, pada sebarangan masa, pada sebarangan cara dan pada sebarangan tempat.
Mereka ini menjadi laluan untuk orang ramai mendapatkan Tuhan mereka, sehingga setiap orang menjadikan Allah SWT itu penuh di segenap ruang hati mereka, senantiasa basah di hujung lidah mereka, senantiasa bergerak pada setiap suku anggota tubuh badan mereka, senantiasa turun dan naik bersama-sama turun dan naiknya nafas mereka, senantiasa hidup bersama-sama roh mereka yang sihat segar, senantiasa memimpin hati nurani mereka dan senantiasa menyuluh akal fikiran mereka.
Tuhan itulah cinta kasih mereka, cinta agung mereka, malah segala-galanya Tuhanlah yang dihadapkan. Apabila Tuhan yang diutamakan melebihi dari segala-galanya, ini akan menjadikan mereka sebagai suatu bangsa yang tinggi imannya, tinggi takwanya, tinggi amalannya, tinggi agamanya, tinggi wibawanya, seterusnya menghasilkan tinggi tamadunnya dan tinggi sebutannya.
Perkara-perkara seperti inilah yang perlu diperjuangkan semula oleh kita, secara realiti, agar kita mendapatkannya kembali, sebuah permata paling berharga yang telah sekian lama hilang dari dalam diri kita. Permata berharga itu telah begitu lama tenggelam ditelan lubuk lumpur jahiliyah kali yang kedua, yang lebih dikenali oleh kita sebagai jahiliyah modern, atau disebut jahiliyah kali kedua.
Juga dimaksudkan bahwa sesiapa yang mengikut sungguh-sungguh Imam Mahdi itu, baik sebelum kemunculannya, atau setelah kemunculannya kelak, akan diberi petunjuk oleh Allah SWT kepadanya dalam urusan agamanya, akhiratnya dan dunianya. Dan orang-orang yang tidak mau mengikut Imam Mahdi itu, nyata dilihat oleh mata kasar, tidak akan mendapat petunjuk dan pimpinan dari Allah SWT, walaupun keengganan mengikutnya itu dilakukan pada masa beliau masih lagi belum muncul.
Mengenai keturunan Imam Mahdi itu yang sebenarnya. Tanpa prejudis saya menulis pendapat yang sudah lama masyhur dalam dunia Islam di sebelah Timur ini. Janganlah terkejut jika dikatakan bahwa pemimpin agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan pula Bani Israel. Pendapat ini bukan kami saja, tetapi banyak orang lain di sebelah sini dunia, terutamanya di Indonesia, juga turut meyakini yang demikian.
Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “masuk jawi” dan “tulisan jawi”? Apa maksud Jawi tersebut? Bani Jawi asal-usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim Al-Khalil AS. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil, Nabi Ibrahim AS berjalan sampai ke sebuah tempat yang pada hari ini dikenali sebagai Kampuchea (pada masa itu dipanggil Kembayat) dan berkahwin di sana.
Anak dan isteri Nabi Ibrahim AS yang tinggal di Kampuchea itu tidak ikut sekali pulang ke Babylon. Keturunan baginda AS yang tinggal itu berkembang biak pula di Kemboja dan Nusantara, dan akhirnya bergelar Bani Jawi, menurut lidah Arab. Jawi itu maksudnya jauh, yakni jauh dari Tanah Arab. Di sebelah sini, keturunan Jawi itu disebut Melayu. Istilah ‘Jawa’ itu sendiri berasal dari pengembangan istilah Jawi yang dari bahasa Arab tadi. Istilah asalnya ‘Jawah’ atau ‘Jawi’ artinya jauh.
Maknanya, bangsa Melayu yang ada pada hari ini, berasal dari keturunan Nabi Ibrahim AS, yang telah dibiarkan sebegitu lama dari catatan sejarah. Malah ahli sejarah Asia Tenggara sendiri dan antropologis dunia Melayu tidak mengaitkan bangsa Melayu sebagai keturunan langsung dari Nabi Ibrahim AS. Tidak seorang pun dari yang berbangsa Melayu bangga dengan keturunan mereka dari Nabi Ibrahim AS itu. Tetapi anehnya, orang-orang Zionis pada hari ini begitu tahu dan amat yakin dengan fakta yang terselindung ini.
Sebab itu, tidak hairanlah kalau kita dapati perisikan Israel yang Zionis itu, Mossad, telah lama bertapak di Singapura, sebagai penasihat penting ketenteraan dan strategik. Penapakan mereka di Singapura ini telah begitu lama dan amat kukuh pula. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah SAW dan tempat baginda SAW dilahirkan. Dan mereka pada masa lalu, mencari petapakan di sekitar kota Madinah yang masih belum membangun itu.
Demikian juga, pada hari ini, orang-orang Yahudi, Zionis dan Jews telah mengetahui siapa dia Imamul Mahadi, dan tempat dia dilahirkan. Mereka sedang kelam-kabut mencari Imamul Mahadi itu karena mereka tahu inilah orang yang akan menjadi khalifah akhir zaman, yang akan memenuhkan dunia ini dengan keamanan dan keadilan hakiki dan merata, yang juga bakal memimpin kaum muslimin memerangi dan menyembelih mereka nanti. Tetapi mampukah jaringan Zionis sedunia itu mengalahkan perancangan Allah SWT?
Maksud-maksud yang seni dan mendalam inilah yang masih terselimut kukuh dari pengetahuan para sarjana dan cendekiawan Islam, dan jika mereka tahu pun, tidak dapat dihuraikan dengan terperinci.
Demikianlah serba sedikit uraian mengenai istilah Mahdi itu sendiri, dari persepsi dua bangsa dan dua bahasa, yang kedua-duanya dijanjikan telah dan akan menguasai seluruh dunia, dan yang telah dan akan memperjuangkan Islam dalam dua zaman yang jauh berbeda. Itulah bangsa Melayu dan Arab, bahasa Melayu dan bahasa Arab, yang menguasai seluruh dunia pada awal kurun Hijrah dan akhir kurun Hijrah. Mereka jugalah dua bangsa yang gigih memperjuangkan Islam dalam dua zaman tadi.
Dan seperti yang dimaklumi, Al-Mahdi itu hanyalah gelarannya, bukan namanya. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Abdullah. Namanya di langit adalah Ahmad. Ada beberapa sebab beliau diberi gelaran Al-Mahdi itu, antaranya :
Pertama
RASULULLAH SAW sendiri yang menyebut beliau dengan panggilan Al-Mahdi itu. Maka kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW, hendaklah menghormati beliau dengan memanggilnya Imam Mahdi, tidak layak beliau dipanggil dengan Mahdi saja, seperti mana Rasulullah SAW memanggilnya begitu. Rasulullah SAW bolehlah memanggilnya Al-Mahdi saja karena beliau adalah anak cucunya, sedangkan kita adalah pengikut dan umatnya saja.
Selain itu, baginda SAW adalah bertaraf rasul, sedangkan Imam Mahdi itu hanyalah seorang umatnya yang bertaraf wali. Maka layaklah baginda SAW memanggilnya Al-Mahdi saja. Lagipun, baginda SAW adalah rasul kita semua, dan Imam Mahdi itu adalah salah seorang dari umat baginda sendiri. Tidak hairanlah jika baginda memanggil Imam Mahdi itu dengan apa-apa panggilan pun.
Janganlah dipedulikan sikap dan cara yang ditunjukkan oleh para sarjana dan cendekiawan Islam hari ini yang memang tidak berapa tahu cara beradab di hadapan orang yang mulia, yang dimuliakan oleh Allah SWT, sangat dimuliakan oleh para Sahabat RA dan sangat dimuliakan seluruh penduduk langit sana. Biarlah mereka dengan cara dan kefahaman mereka yang sedia buruk itu, jangan lagi diikut atau dipedulikan. Kalau kita ikut juga, maka akhlak kita pun akan sama buruk dengan akhlak mereka yang telah sedia buruk itu.
Buat apa kita ikut orang lain, walau secerdik mana pun dia, jika akhlaknya itu sudah nyata tidak beradab dan sesuai menurut syarak dan tasawuf. Buatlah sesuatu yang betul, sesuatu yang telah ditunjuk secara nyata oleh syarak. Kalau seseorang itu tidak tahu beradab dengan seseorang yang mulia, sekalipun orang itu seorang yang terpelajar dan cerdik cendekia, dia sebenarnya bukanlah orang yang bijak dan baik, malah seorang yang dikatakan masih bersikap kurang ajar, yang masih sangat perlu diajar dan ditunjuk.
Dikarenakan itu juga, layaklah pula kita memanggilnya dengan gelaran Imam, sebagai tanda kita amat mengasihi dan menghormatinya. Hal ini sebenarnya telah dipersetujui oleh sekalian ulama, karena menurut mereka, gelaran Al-Mahdi itu adalah suatu gelaran yang bersifat syarie. Ulama-ulama hadis telah menapis semua riwayat mengenainya sehingga nyatalah kebenarannya. Demikian dihuraikan kata-kata Al-Allamah Al-Muhaddis As-Saiyid Ahmad Al-Ghumari.
Kedua
ADA DUA buah asar Sahabat RA yang menjelaskan sebab-sebab beliau digelar sebagai Al-Mahdi.
Asar pertama datangnya dari riwayat Imam Abu Amruddani Al-Hafiz dalam kitab Sunannya.
artinya :
Beliau mengambil riwayat dari Abdullah bin Syaurab, yang katanya, sebab beliau digelar sebagai Al-Mahdi karena dinisbahkan kepada nama salah sebuah gunung di Syam, tempat lembaran-lembaran Kitab Taurat yang asli akan dikeluarkannya kembali, yang akan membuktikan kesesatan kaum Yahudi sehingga akhirnya mereka mengakui kebenarannya dan sebahagian besarnya memeluk Islam di tangan beliau.
HR. Abu Amruddani
Maknanya, Imam Mahdi itu dapat membawa petunjuk kepada kebanyakan kaum dari Bani Israel, terutamanya suku Yahudi, yang sememangnya kita ketahui amat kukuh dibelenggu oleh kesesatan. Dan istilah mahdi itu maksudnya beliau membawa hidayah kepada kaum Yahudi sehingga sebahagian besar mereka terus memeluk Islam.
Riwayat kedua adalah sebuah asar yang datangnya dari Kaab Al-Ahbar yang berkata bahwa;
عن كعب الأحبار قال : إنمّا سمّي المهدي لأنه يهدي إلى أمر خفي، وسيخرج التوراة والإنجيل من أرض يقال لها أنطاكية.
وبعض رواية عن كعب أيضا قال : إنمّا سمي مهديا لأنه يهدي إلى أسفار التوراة فيستخرجها من جبال الشام يدعو إليها اليهود، فيسلم على تلك الكتب جماعة كثيرة.
Sebab beliau dipanggil Al-Mahdi karena beliau memberi petunjuk dalam hal-hal yang tidak jelas atau tidak nyata hukumnya selama ini. Beliau juga akan mengeluarkan sebuah peti yang berisi lembaran-lembaran asli Kitab Taurat dan Injil dari dalam bumi di sebuah tempat bernama Antokiah. Seterusnya beliau dapat membawa kebanyakan kaum Yahudi pada masa itu memeluk Islam.
Imam Nuaim bin Hammad, Al-Fitan
Ringkasnya, Imam Mahdi adalah orang yang dapat memberi petunjuk yang tepat dalam persoalan yang selama ini tidak jelas atau tidak nyata, sehingga nyatalah hukumnya dan rahasia-rahasianya kepada sekalian umat Islam dan juga orang-orang bukan Islam, termasuk kaum Yahudi. Masalah yang timbul dalam kalangan umat Islam tidak dapat diselesaikan oleh kebanyakan ulama dan sarjananya dengan tepat. Setiap hukum yang mereka keluarkan, masih diragui oleh sebahagian umat Islam, walaupun sebahagian yang lain menerimanya saja. Akhirnya apabila Imam Mahdi menyatakan hukumnya yang sebenar, barulah umat Islam mau menerimanya dan mengikutnya tanpa ada ragu-ragu lagi.
Demikian dua buah riwayat dan uraian ringkas mengenainya.
Sesungguhnya dari bangsa Arab ada seorang pemimpin paling agung, Rasulullah SAW yang tercinta, dari Bani Israel pernah muncul Nabi Musa AS dan pada akhir zaman ini, muncul Imam Mahdi Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahdi itu orang Jawi (Melayu + Jawa + Arab). Ada darah Rasulullah SAW dalam dirinya, dari sebelah Sayidina Al-Hasan dan Sayidina Al-Husain RA. Imam Mahdi diakui ulama-ulama besar sebagai telah wujud lama dan akan memimpin dunia ini dengan iman yang sangat tinggi akhlak yang sungguh mulia. Pemerintahannya adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Imam Mahdi bukannya manusia luar biasa. Jika dilihat dari sudut tubuh badan saja, beliau sama seperti orang lain juga. Tidak ada yang berbeda dari segi lahir antara beliau dengan orang ramai. Rasulullah SAW pun sama saja seperti tubuh badan kita ini. Tidak ada cahaya yang memancar di atas kepalanya. Imam Mahdi pun begitu. Beliau juga manusia biasa, bedanya beliau merupakan insan pilihan Tuhan. Hatinya penuh takwa, iman yang kental yakin.
Sebagai seorang yang menjadi pilihan Tuhan, beliau dibekalkan dengan keramat yang besar, janji-janji yang benar dan doa seluruh kaum muslimin di serata dunia. Karena itulah beliau berbeda. Serupa tetapi berbeda. Mana ada pemimpin dunia Islam pada hari ini yang didoakan oleh seluruh umat Islam untuknya, tanpa mengira sempadan tempat, bahasa dan bangsa?
Bacalah kisah Raja Jalut yang tercatat dalam Al-Quran. Pemimpin Bani Israel itu hanyalah seorang petani dan penggembala kambing di sebuah kampung yang jauh terpencil, tidak dikenali sesiapa pun. Tiba-tiba saja dia dilantik menjadi pemimpin besar. Puterinya pula dikahwinkan dengan seorang rasul yang besar, yaitu Nabi Daud AS. Ini cerita yang dikisahkan di dalam Al-Quran sendiri.
Manakala Rasulullah SAW pula hanyalah seorang anak yatim, yang penjaganya silih berganti dari semasa ke semasa. Pada saat dilantik sebagai Rasul, baginda SAW pernah diperlekehkan oleh kaumnya sendiri. Banyak yang tidak percaya. Banyak yang menolak bulat-bulat. Imam Mahdi juga akan mengalami nasib yang sama. Ini sebenarnya Sunnatullah. Tidak ternampak perbedaan apapun antara tubuh kasar Nabi Muhammad SAW dengan tubuh kasar orang-orang lain.
Imam Mahdi bukan seorang insan yang datang bersinar-sinar bercahaya, atau jelas dilihat turun dari langit dan mendarat di bumi. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan sakti yang luar biasa seperti Superman, X-men atau Incredible Hulk. Itu hanyalah watak khayalan para pemikir Yahudi untuk mengalihkan tumpuan remaja Islam dari mengingati para Sahabat RA yang penuh berkat dan pejuang Islam masa silam yang penuh takwa. Bedanya beliau memiliki nusrah Allah SWT.
Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini, itupun karena pihak musuh enggan tunduk kepada Islam, malah secara terang-terangan menentang Islam. Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahdi, bukan semata-mata sebab kekuatan bala tenteranya saja, tetapi lebih karena adab dan akhlak mulianya yang begitu menyerlah dan kepemimpinannya yang sangat adil
Imam Mahdi tidak pernah mencari harta dan kedudukan. Malah beliaulah akan membahagi-bahagikan seluruh harta miliknya dengan sewenang-wenangnya kepada seluruh manusia, baik yang Islam maupun yang bukan Islam, yang soleh maupun yang derhaka. Yang taat kepadanya dan juga yang pernah menentangnya sebelum ini. Yang beliau maukan dari setiap manusia di muka bumi ini ialah kembali menyembah Allah SWT dan mengagungkan hanya Dia. Beliau menyambung kerja-kerja Nubuwwah dan Khulafa. Menyeru manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul Mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.
Imam Mahdi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintanya hanyalah Allah SWT dan Rasul SAW. Mereka sanggup mati karena agama yang suci ini seperti para Sahabat RA dahulu. Niat mereka sama seperti Imam Mahdi. Para pengikut beliau bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, malah mereka membantu Imam Mahdi menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.
Para pengikut Imam Mahdi digelar sebagai Mahdiyyin atau Mahdiyyun, yang bererti golongan Mahdi atau pengikut Imam Mahdi. Istilah ini masih belum lagi digunakan secara umum karena para pengikut Imam Mahdi yang khusus itu belum ditetapkan secara zahir orangnya. Juga karena Imam Mahdinya sendiri pun masih belum keluar ke dunia ini, maka pengikutnya pun tidaklah dapat ditentukan. Bilangan Mahdiyyun ini tidak banyak, hanya beberapa ratus orang saja.
Yang pasti, pengikut Imam Mahdi ini bukanlah orang yang biasa seperti kita ini, bahkan merupakan orang-orang yang sangat istimewa pada zamannya dan amat terpilih di antara yang amat terpilih. Namun perlu juga diingat, mereka ini akan ditentukan juga sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, disebutkan oleh Putera Bani Tamim di hadapan seluruh rakyat. Dan mereka inilah – Mahdiyyun ini – yang akan membaiat Imam Mahdi di antara dua Rukun seperti yang telah disebutkan secara nyata oleh beberapa buah hadis.
Dan pada masa ini, istilah Mahdiyyun atau Mahdiyyin ini juga digunakan untuk kumpulan yang mempercayai konsep Imam Mahdi dan memperjuangkannya, atau golongan yang menerima hadis-hadis mengenai Imam Mahdi dengan penuh keyakinan di dalam hati. Golongan ini adalah majoriti masyarakat Islam sejak dahulu hinggalah ke hari ini dan pada masa yang akan datang, didahului oleh para ulama muktabar yang bertaraf mujaddid dan mujtahid, yang telah mendapat darjat wali-wali besar dan utama dalam kalangan umat ini. Hanya karena pemimpin mereka itu belum muncul lagi, maka tidak ada lagilah orang yang menyebut mereka sebagai Mahdiyyun.

Currently have 0 komentar: